Saturday 27 April 2013

LAPORAN MENGENAI TAN SRI MUHYIDDIN OLEH PORTAL PEMBANGKANG... UNTUK APA? #TolakPR #Vote4BN #PRU13

Portal berita pembangkang http://www.malaysiakini.com/news/228100 melaporkan Tan Sri Muhyiddin di kedudukan teratas menyerang pihak lawan. Laporan mereka adalah berdasarkan kepada http://pilihanraya.info/wp-content/uploads/2012/10/WtW.Release.1.2.pdf oleh University of Nottingham and NGO Centre for Independent Journalism (CIJ) dan pada masa yang sama http://www.straitstimes.com/breaking-news/se-asia/story/malaysia-ge13-dpm-muhyiddin-tops-attacking-opponents-study-shows-2013042 juga mengambil kesempatan melaporkannya.

Berikut adalah statistik yang dikeluarkan;


Mengikut laporan, Tan Sri mendahului DS Najib dan diikuti Tun Mahathir dan di pihak pembangkang Kit Siang telah mendahului kedudukan teratas menyerang pihak lawan yang mendapat liputan media dan diikuti dengan anaknya Guan Eng serta Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Kita sedia maklum, serangan Timbalan Perdana Menteri di dalam siri kempen PRU13 adalah berfakta dan berhemah. Oleh kerana itu, pihak media samada di pihak pro BN atau pro pembangkang sering membuat liputan dan mendapat perhatian di 'headline'

Namun, seperti biasa ada blog pro pembangkang yang cuba untuk putar belitkan isu ini DI SINI

Rakyat Malaysia semua maklum, pihak pembangkang telah menjalankan kempen mereka bukan sekadar dalam tempuh untuk berkempen Pilihanraya tetapi mereka telah mengadakan siri-siri 'roadshow' sepanjang masa walaupun sebaik PRU12 berakhir.

Oleh kerana sengat yang diberikan oleh Tan Sri di siri kempen PRU13, sangat-sangat dirasakan oleh pembangkang sehingga portal berita pro pembangkang terpaksa keluarkan laporan seperti ini hanya semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Tan Sri lebih mendapat perhatian media daripada Perdana Menteri.

Pesananan kepada pembangkang... Masa telah tiba untuk diperjelaskan kepada rakyat segala fitnah dan propaganda Pakatan Pembangkang dan LAWAN TETAP LAWAN!

No comments:

Post a Comment