Saturday 27 April 2013

Kisah Cinta: Cinta Itu Hak Ilahi


Assalamualaikum wbt. Saya bukanlah penulis tegar,saya hanyalah manusia biasa yang masih mencari lampu yang terang di atas muka bumi ini. Saya juga bukanlah pencerita, cukuplah sekadar disini saya ingin memuitiskan bibit jatuhnya hati seorang mujahadah terhadap sang mujahid dalam bumi Allah ini. Nama diberi ana, seorang yang periang, tegas dalam kata-kata dan seorang yang sukakan dunia teknologi. Alunan muzik dari Liyana Jasmay , Cinta Bersatu bermain di gegendang telinga menaikkan semangat lagi untuk saya menulis coretan ini.
Ceritanya bermula sekitar September 2011, dek semua pelajar berebut mahu digelar mahasiswa atau mahasiswi hati terasa hambar bila kali pertama menjejakkan kaki ke IPTA di Shah Alam. Hati bergelora tidak mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda, atas desakan keluarga yang mahu saya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Akhirnya saya akui juga. Pasrah dengan keadaan yang sedia ada, saya memulakan hidup saya di universiti awam dalam bidang teknologi maklumat. Seminggu selepas semua pelajar baru memulakan sesi, kami(pelajar baru) diarahkan oleh ahli Seketariat Mahasiswa Fakulti (SMF) untuk menjalankan sesi perkenalan atau lebih dikenali sebagai Program Pemantapan Wawasan. Program itu dijalankan selama dua hari, penat entah kepalang kami dibuatnya. Tetapi, peristiwa yang paling saya tidak akan lupakan adalah ketika saya mahu mengambil makanan bersama rakan baik saya, Anis.


HOT NEWS! Bendera PKR Berkibar Di Kawasan IKBN Bachok???


ADMIN terkejut bila dimaklumkan satu bendera PKR berkibar di dalam kawasan IKBN Bachok. Setahu teman institusi-institusi kerajaan tidak dibenarkan mengibarkan sebarang bendera berkaitan politik di dalam premis masing-masing.

Menurut sumber pelajar-pelajar IKBN ini telah diugut oleh orang-orang tertentu supaya merahsiakan kejadian dan mengarahkan posting fb pelajar-pelajar berkaitan dengan gambar bendera tersebut dideletekan.

Pada teman adalah tidak wajar perkara yang memalukan ini berlaku. Jika bendera BN yang berkibar di kawasan ini, sudah pastinya pencacai-pencacai PR melolong ke serata negara menghebahkan institusi kerajaan berkempen untuk BN. ADEES!!



LAPORAN MENGENAI TAN SRI MUHYIDDIN OLEH PORTAL PEMBANGKANG... UNTUK APA? #TolakPR #Vote4BN #PRU13

Portal berita pembangkang http://www.malaysiakini.com/news/228100 melaporkan Tan Sri Muhyiddin di kedudukan teratas menyerang pihak lawan. Laporan mereka adalah berdasarkan kepada http://pilihanraya.info/wp-content/uploads/2012/10/WtW.Release.1.2.pdf oleh University of Nottingham and NGO Centre for Independent Journalism (CIJ) dan pada masa yang sama http://www.straitstimes.com/breaking-news/se-asia/story/malaysia-ge13-dpm-muhyiddin-tops-attacking-opponents-study-shows-2013042 juga mengambil kesempatan melaporkannya.

Berikut adalah statistik yang dikeluarkan;


Mengikut laporan, Tan Sri mendahului DS Najib dan diikuti Tun Mahathir dan di pihak pembangkang Kit Siang telah mendahului kedudukan teratas menyerang pihak lawan yang mendapat liputan media dan diikuti dengan anaknya Guan Eng serta Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim

Kita sedia maklum, serangan Timbalan Perdana Menteri di dalam siri kempen PRU13 adalah berfakta dan berhemah. Oleh kerana itu, pihak media samada di pihak pro BN atau pro pembangkang sering membuat liputan dan mendapat perhatian di 'headline'

Namun, seperti biasa ada blog pro pembangkang yang cuba untuk putar belitkan isu ini DI SINI

Rakyat Malaysia semua maklum, pihak pembangkang telah menjalankan kempen mereka bukan sekadar dalam tempuh untuk berkempen Pilihanraya tetapi mereka telah mengadakan siri-siri 'roadshow' sepanjang masa walaupun sebaik PRU12 berakhir.

Oleh kerana sengat yang diberikan oleh Tan Sri di siri kempen PRU13, sangat-sangat dirasakan oleh pembangkang sehingga portal berita pro pembangkang terpaksa keluarkan laporan seperti ini hanya semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Tan Sri lebih mendapat perhatian media daripada Perdana Menteri.

Pesananan kepada pembangkang... Masa telah tiba untuk diperjelaskan kepada rakyat segala fitnah dan propaganda Pakatan Pembangkang dan LAWAN TETAP LAWAN!

HADI AWANG KENA MAKI DENGAN AKAR UMBI PAS KERANA PERLEKEH HUKUM ALLAH !!!

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan zina merupakan perkara kecil dibidas oleh penyokong akar umbi parti tersebut.Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana umat Islam.

"Kami menyangkal sepenuhnya dan mengecam kenyataan Presiden yang mengatakan zina merupakan perkara kecil.""Sejak bila zina ini menjadi (perkara) kecil. Sejak kawan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ke? Ataupun ada wahyu baru yang mengatakan zina ini perkara kecil?," katanya dalam satu sidang media di Bukit Mertajam, semalam.Jelas beliau, kenyataan oleh Hadi tidak boleh diterima ekoran PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan perbuatan zina ditegah oleh Islam.

"Kami yang turut terpalit dibawahnya (PAS) sebagai ahli menganggapnya sebagai perkara yang besar.""Kalau ini fitnah, ianya fitnah yang besar. Sebab zina dosa besar." katanya lagi.
Beliau yang mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak mengenai penglibatan pemimpin PAS yang dikaitkan dengan skandal video seks baru-baru ini mendesak agar pemimpin tersebut digantung keahliannya dari PAS.

Tambahnya penggantungan tersebut adalah wajar dan ianya harus dilakukan sehingga siasatan penuh selesai dijalankan dan boleh berkhidmat kembali dengan parti sekiranya didapati tidak bersalah.Katanya lagi, sekiranya bersalah individu tersebut harus dipecat dengan serta merta.

Kamilia tampil mohon maaf atas tindakannya


SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.

“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.
“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.

- Sinar Harian / MD



Saturday 20 April 2013

Penamaan Calon Parlimen Tambun P063: TAMBUN: PERAK

Assalamualaikum kepada semua. ini diantara gambar-gambar Penamaan Calon P063: TAMBUN: PERAK
  1. Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad
  2. DUN MANJOI : Mohamad Ziad Mohamad Zainal Abidin
  • dan beberapa yang lain
Dibawah ini antara gambar Sokongan padu dari JENTERA BARISAN NASIONAL TAMBUN lebih dari 10 RIBU orang pagi tadi











 INI GAMBAR KESELURUHANNYA

 DAN AKHIR KATA ANDA BOLEH LIHAT KLIP VIDEO DIBAWAH INI






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA INI
KESEMUA GAMBAR INI SAYA AMBIL DARI SAHABAT SAYA

RAKYAT MALAYSIA SUDAH MULA BERSAMA BARISAN NASIONAL & ANAK MUDA PILIH BARISAN NASIONAL 

Saturday 13 April 2013

Pelancaran Jentera #PRU13 @barisanasional Negeri Perak

Assalamualaikum semua. ini -admin mahu post gambar-gambar semasa Event @barisanasional "PELANCARAN JENTERA #PRU13 @barisanasional NEGERI PERAK" Yang dirasmi oleh YAB 

@ZambryAbdKadir

Menteri Besar Perak









Dibawah ini Video PERASMIAN tersebut :)

AKHIR KATA "RAKYAT SUDAH BERSAMA @barisannasional & ANAK MUDA PILIH BN


Monday 8 April 2013

#PRU13 #ManifestoBN "Aku Janji" BN Dirangka Dengan Teliti: KJ 2


Berbanding manifesto Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) mengambil kira faktor kedudukan ekonomi negara sebelum membentangkan 'Aku janji', kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

"Setiap daripada janji yang kita bentangkan dalam 'Aku janji' BN telah disemak. Kita nak pastikan janji kita ini kita dapat biayai dan bayar janji itu. Bukan retorik," katanya ketika menjadi tetamu program MHI di TV3.

Katanya, manifesto BN kali ini meliputi pelbagai aspek serta langkah untuk meringankan beban rakyat. Malah, yang paling penting ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

ni amat baik sekali kerana apabila kita bagi rakyat duit untuk berbelanja, mereka akan menjana ekonomi. Mereka akan berbelanja dan permintaan peribadi (private consumption demand) meningkat dan menjana aktiviti ekonomi.

"Soal penjanaan pelaburan, soal meningkatkan lagi latihan, peluang pendidikan, keusahawanan, pinjaman untuk usahawan-usahawan dan sebagainya, ini aspek yang mapan. Bukan hanya bagi duit, tapi kita juga bagi untuk menjana ekonomi supaya pertumbuhan ekonomi mapan.

"Kalau sekadar nak hapuskan itu, hapuskan ini, nak ini percuma dan sebagainya, dia akan membebankan ekonomi dalam jangka masa panjang tanpa ada usaha'" katanya.

Menyahut kata-kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pengundi perlu memilih berdasarkan pemimpin yang mempunyai 'kebolehpercayaan', beliau berkata ia dapat dinilai melalui bukti manifesto pembangkang yang masih belum tertunai.

"Soalnya disini sama ada kita bertanggungjawab ataupun tidak., dapat laksana atau tidak.

"Contoh bagi negeri pembangkang, Selangor. Ramai yang dah saman kerajaan negeri, tidak dapat laksana janji warga emas, ibu tunggal, anak-anak tadika air percuma dan sebagainya,tidak dapat nak buat. (Ini) Soal tiada kebolehpercayaan.

"Selain itu boleh tak kita percaya pemimpin ini untuk laksana janji realistik yang tidak akan memusnahkan negara kita," ujarnya.

-AntaraPos
Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-manifestobn-aku-janji-bn-dirangka.html#AKJdpzdXSjE5feTe.99 

  • SUMBER : http://brojinggo.blogspot.com/

#PRU13 #VoteBN - Sokong Najib Bererti Semua Calon 1 BN


Di saat-saat akhir pilihanraya, pembangkang terus cuba memomokkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukanlah sesuatu yang harus dikhuatiri kerana mana-mana parti pun pasti akan cuba berbuat yang terbaik untuk rakyat. Dalam pada itu, pembangkang terus menonjolkan Barisan Nasional sebagai bukan sebuah parti yang baik, manakala parti mereka adalah yang terbaik.

Hakikatnya, menukar kerajaan bukanlah perkara kecil dan boleh dicuba-cuba dan diperbetulkan kembali dengan mudah. Sekali kita menukar kerajaan, beberapa polisi akan turut berubah sama yang mana tidak semudah itu untuk diubah pula jika tidak berpuas hati. Apatah lagi jika kerajaan baru itu mengambil langkah awal menghapuskan atau menukar semua platform bagi menyukarkan polisi tersebut diubah kembali ke asalnya.

Lihat saja bagaimana Presiden Morsi di Mesir yang mendapat kuasa melalui pemberontakan kini menyusun prosedur dan undang-undang baru bagi menghapuskan apa jua peluang bagi orang lain menjatuhkannya melalui cara yang sama, termasuk menangkap mereka yang mengkritiknya.

Apa yang berlaku kepada rakyat Mesir tidak mustahil berlaku di Malaysia, iaitu terpedaya dengan pihak yang ingin merampas kuasa kerajaan yang ada tetapi berakhir dengan mendapat kerajaan yang jauh lebih kejam. Bak kata pepatah, sia-sia saja rakyat Mesir lari dari mulut harimau tetapi akhirnya masuk ke mulut buaya.

Malaysia adalah negara yang jauh lebih ‘rapuh’ dari Mesir dan juga jauh lebih ‘muda’. Oleh itu tindakan menukar kerajaan tentulah jauh lebih berisiko lagi.

Ini kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan risiko ketidakstabilan kerana diperintah oleh tiga orang pemimpin kuku besi dari tiga parti yang sering bertentangan prinsip, tetapi juga berhadapan dengan kemungkinan terhapusnya keseluruhan sistem dan budaya bangsa asal negara ini dengan terbuangnya Raja-raja Melayu yang merupakan cita-cita azali Parti DAP.

Kita juga mungkin berhadapan dengan risiko kehilangan kedaulatan jika dilihat dari bantuan-bantuan asing yang dipohon dan diberikan oleh rangkaian zionis kepada Parti PKR.

Malah, kita juga mungkin berhadapan dengan pemerintahan ala Taliban, mundur, chauvinis, kejam, tidak adil dan terkebelakang bagaikan zaman jahiliah jika dilihat dari mentaliti PAS yang mengambil sikap tidak apa jika puak mereka terlibat dalam skandal melibatkan wanita tetapi di masa yang sama mengambil sikap tertutup terhadap hak-hak wanita.

Dengan semua kemungkinan ini bercampur-baur, adalah mustahil bagi kita untuk menggambarkan satu pemerintahan yang stabil di bawah kerajaan PR. Apatah lagi apabila PR telah terbukti gagal menjadi kerajaan yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka.

Mengambil kira semua risiko ini, terbukti rakyat tidak mampu membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya.

Rakyat wajib memahami bahawa pilihanraya ini bukan lagi berkisar tentang hal setempat, atau diri sendiri atau calon. Pilihanraya kali ini perlu dilihat dari gambaran yang lebih luas iaitu soal masa depan negara, dari segi kedudukan agama Islam, bangsa dan kedaulatan, sekali gus diri sendiri, keluarga dan generasi masa depan.

Oleh itu, jika kita yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib, maka kita wajib yakin dengan calon pilihannya.

Bagaimanapun, kita percaya yang rakyat Malaysia kini sudah jauh lebih matang dan terbuka untuk menilai keadaan. Rakyat juga sudah cukup lali dengan masalah cantas-mencantas dan sabotaj-mengsabotaj siapa saja yang terpilih nanti. Justeru, usah terpedaya dengan pihak-pihak yang berpolitiking keterlaluan itu, kerana kuasa memilih ada di tangan rakyat, bukan Ketua Bahagian atau Cawangan atau Ahli-ahli Jawatankuasa parti. Biarkan golongan yang masih tidak sedar itu berpolitik sesama sendiri, tetapi rakyat wajib menetapkan pendirian untuk memilih berdasarkan Parti - bukan calon.

Pendek kata, jika anda memilih BN, maka anda wajib memangkah BN walau siapa pun calonnya. Ingatlah bahawa undi anda akan menentukan kerajaan, bukan hanya wakil rakyat di kawasan anda.

Menilai dan memilih calon terbaik bukanlah mudah. Tetapi, menilai dan memilih sebuah parti politik itu adalah tidak sukar kerana kita hanya perlu melihat kepada diri kita dan sekeliling kita. Sekiranya, kita berada di dalam suasana aman dan selesa, negara pula tidak bergolak, suara dan ketidakpuasan hati kita diberi perhatian, peluang untuk berjaya ada di mana-mana, maka itu menunjukkan bahawa parti politik yang memerintah adalah cukup baik.

Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan berada di mulut harimau pun, jadi kenapa kita perlu lari ke mulut buaya?

Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-vote4bn-sokong-najib-bererti.html#KsiIqGYvBOQb4m2k.99 


  • SUMBER : http://brojinggo.blogspot.com/